CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 27, 2011

7 jenis 'KAWAN' yg perlu dijauhi

lama btol x update blog. huhuu, td blogging n suddenly jumpa plak entry ni. mcm best. jum baca ! sekadar peringatan untuk diri sendiri supaya x jadi tergolong dalam kalangan yang mcm ni n dapat mengelakkan diri dr orang mcm ni :)






1. Kawan yang Suka Memanfaatkan
Dalam persahabatan biasanya terjadi hubungan yang saling menguntungkan. I’ll be there for you, you’ll be there for me. Namun, hal ini tidak wujud untuk teman jenis ini. Dia hanya ingin berkawan dengan orang-orang yang boleh dimanfaatkan untuk mencapai keinginan atau tujuan peribadinya semata. Ketika tujuannya tercapai, dia akan meninggalkan anda dan beralih ke kawan baru. Sebelum dia memanfaatkan anda lebih banyak lagi, adalah lebih baik anda tak perlu rapat dengan kawan seperti ini. Kalau nak buang dari senarai kawan anda pun tak mengapa.

2. Pengkhianat
Tidak ada yang lebih menyakitkan daripada dikhianati kawan sendiri. Berapa kali rahsia besar anda dibocorkan olehnya? Kawan yang anda percayai tergamak tikam anda dari belakang. Contoh kawan pengkhianat adalah kawan yang merampas kekasih anda. Kalau bukan kekasih pun, dia sanggup menceritakan keburukan anda dan melaga-laga kan anda dengan kawan yang lain. Jika anda ada kawan yang mempunyai tanda-tanda seperti itu, adalah sebaiknya tinggalkan sahaja. Dia boleh menyebabkan anda bergaduh dengan rakan anda dan tidak mustahil kawan mcm ni boleh menyebarkan fitnah tentang ada. Beware !

3. Suka Menghakimi
Kawan yang suka menghakimi dapat menggugat kepercayaan diri. Kata-katanya sering kali menyalahkan anda. Anda buat betul pun tetap dianggap salah olehnya, apatahlagi jika anda melakukan kesalahan. Kawan seperti ini akan selalu mencari kesalahan anda. Kawan jenis ini juga suka meng'coment' prangai orang lain sebelum melihat diri sendiri seolah-olah apa yg dia buat semua perfect !


4. Selalu Mematahkan Semangat 
Jenis kawan seperti ini tidak akan mampu membantu anda berjaya. Setiap kali anda ingin maju kehadapan, kata-kata dia kerap membuat langkah anda jadi tergendala. Dia kawan yang sangat-sangat tidak mendorong anda berjaya. Kata-kata yang biasa keluar dari mulutnya adalah, “Sudahlah, kau tak akan boleh melakukan itu, percaya lah.”

5. Mungkir Janji
Kawan jenis ini ada kebiasaan menabur janji, tapi tidak pernah ditepati. Apa yg dah dirancangkan acap kali gagal hanya kerana dia tidak boleh memberi komitmen. Sekali dua janji tak ditepati mungkin anda tak kisah, tapi jika hal ini selalu dia lakukan sebaiknya anda tinggalkan sahaja kawan seperti ini. Apatahlagi jika janji yang dia ucapkan teramat penting bagi anda.



6. Dengki atau cemburu
Kawan jenis ini biasa nya mudah dengki dan cepat cemburu dengan anda terutama apabila anda memperoleh kejayaan. Dengki untuk berjaya juga tidak mengapa tetapi dengki sampai hendak menjatuhkan anda. Berhati-hati kerana dia mampu melakukan apa sahaja untuk menaikkan diri nya supaya mendapat perhatian dan bila-bila masa akan cuba untuk menjatuhkan anda.


7. Prasangka
Kawan jenis ini selalu berprasangka buruk terhadap orang lain dan tidak terkecuali anda sebagai teman rapatnya. Berhati-hati kerana orang yang berprasangka buruk ini biasanya mempunyai hati yang kurang wangi. Haha. Kadang-kadang orang x buat apa-apa pon dia tuduh orang buat bnda apa2. Silap haribulan korang plak kna tuduh yg bukan2 dgn org mcm ni. Watchout


*kesimpulannya, siasat dlu kwn2 korg sebelum trus rapat n percaya dgn dia. tkot nnt ada yg terkena sbb manusia ni banyak nya topeng ja. sy pon mybe mcm tu ! sape tawww ~ so, kalau agak2 sy ada bwt prangai mcm ni tegur la sy. sama-sama kta btulkan ksilapan kta :D


~cheers~

0 comments:

Post a Comment